Friday, September 25, 2009

Apa yang perlu korang tau sebelum korang pergi interview?

Secara jujurnya, aku dulu pun menghadapi masalah tentang persediaan untuk pergi interview. Pakai baju bukan pada tempatnya, cakap benda yang tidak sepatutnya dan sebagainya.

Tetapi, aku belajar dari kesilapan aku. Dan aku mahu korang dapat gunakan tips-tips yang aku beri ini sebagai panduan. Tetapi carilah lebih banyak maklumat supaya dapat membantu korang mendapat kerja impian korang.

1.Pakaian
Pakaian mencerminkan diri seseorang sama ada dalaman atau luaran. Mungkin ada yang menafikan perkara ini tetapi berdasarkan pengalaman aku bersama kawan-kawan aku yang turut sama dalam hal ini, 70% adalah benar.

Kalau pakaian korang selekeh pergi interview, menunjukkan korang tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Kalau dengan diri korang pun korang tak dapat jaga, macam mana diorang nak amik korang bekerja.

2.Kemahiran
Kemahiran sangatlah penting terutamanya kalau korang mencari kerja dalam bidang kejuruteraan. Korang hendaklah sentiasa bersedia apabila korang diminta membuat satu kerja dengan serta merta.

Mungkin korang tidak pernah mengalaminya tetapi lebih baik bersedia daripada korang terkial-kial tak tau ape nak wat.

3.Gaya
Mungkin nampak pelik tetapi benar. Korang kena tunjukkan gaya berkeyakinan barulah employer korang rase konfiden nak amik korang kerja.

Walaupun kadang kala korang rase nervous ckit, korang mesti tunjukkkan keyakinan korang melalui gaya bercakap, gaya berjalan dan sebagainya. Kalau korang tak percaya, cuba bayangkan orang yang yakin dengan dirinya berjalan macam mana.

Baru korang tau ape yang aku maksudkan.

4.Doa
Ape-ape hal pun, ini bagi aku paling penting. Lepas korang dah habis bersedia, baik korang doa jer la. Harap2 diterima masuk kerja.

Bukan untuk orang lain, untuk kebaikan korang jugak.

(Penulisan ini sengaja ditulis dengan cara informal dengan tujuan pemahaman pembaca)

No comments:

Post a Comment